Connect with us

Wartawan TMT

Published

on

  • Masjid Al Aqsa berisiko runtuh
  • Zionis melakukan kerja penggalian haram
  • Penggalian haram itu menyebabkan keretakan dan kerosakan sehingga berlaku runtuhan siling di ruang solat
  • Polis Israel tidak membenarkan kerja baik pulih Masjid Al-Aqsa dilakukan

BAITULMAQDIS – Masjid al-Aqsa berisiko runtuh disebabkan kerja penggalian yang giat dilakukan Israel menyebabkan kesan retak dan kerosakan pada struktur bersejarah tersebut.

Amaran tersebut diberikan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Islam dan Hal Ehwal al-Aqsa, Azzam al-Khatib selepas projek berkenaan dijalankan di masjid ketiga paling suci itu sejak beberapa minggu lalu.

“Terdapat kerja penggalian berbahaya dan tidak diketahui. Tiada siapa tahu apa tujuan dan matlamat sebenar mereka. Kami hanya dapat melihat impak pada struktur.

“Getaran kuat yang berlaku juga menyebabkan runtuhan daripada siling di ruang solat di bahagian selatan,” ujarnya sambil menambah projek tersebut semakin dipergiatkan sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, pihak berkuasa rejim Zionis tidak menghiraukan permintaan mereka untuk membenarkan jurutera khas dan juruteknik melakukan pemeriksaan tentang ‘projek rahsia’ tersebut yang berlaku tidak kira masa pada waktu siang serta malam.

“Kami benar-benar bimbang jika mereka membina terowong yang boleh meruntuhkan al-Aqsa. Kami telah maklumkan kepada Mahkamah Diraja Jordan dan penjaga masjid suci ini, Raja Abdullah II.

“Saya sudah meminta kebenaran polis Israel untuk membaiki dinding yang retak, namun mereka tidak membenarkannya. Kami tidak tahu projek apa yang sedang dilakukan mereka. Saya hanya melaksanakan amanah yang diberikan untuk memelihara kesucian al-Aqsa,” katanya lagi dalam nada kesal. – Agensi/Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jururawat bantu Gaza selepas 7 Oktober ditahan pihak berkuasa Perancis

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi.
  • Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.
  • Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.
  • Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Penahanan jururawat Perancis, Imane Maarifi yang sebelum ini memasuki Gaza dan berkhidmat selama 15 hari di wilayah konflik itu mencetuskan reaksi balas di negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan pengasas platform atas talian Islamophobia, peguam Rafik Chekkat berkata Maarifi ditahan pada waktu pagi ketika berada di rumahnya.

Beliau mengkritik penahanan itu dan berkata ia berlaku ketika tentera Perancis yang bertempur di Gaza “menikmati kekebalan penuh”.

Seorang Ahli Parlimen dari parti La France Insoumise (LFI), Thomas Portes memaklumkan bahawa Maarifi telah dibebaskan daripada tahanan.

“Penggeledahan rumah di hadapan keluarganya tidak meragukan niat menakut-nakutkan suara yang bangkit menyokong rakyat Palestin dan tuntutan segera gencatan senjata,” tulis ahli parlimen itu di platform X.

Maarifi sebelum ini hadir di perhimpunan pro-Palestin di Perancis untuk berkongsi pengalaman tentang keadaan kritikal disaksikannya di Gaza.

Dia juga menyatakan tuntutan gencatan senjata segera di Gaza dan pemboikotan ke atas syarikat-syarikat menyokong Israel.

Maarifi dikenali sebagai salah seorang warga negara Perancis pertama yang memasuki Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu, berkhidmat selama 15 hari di Hospital Eropah di Khan Younis.

Lebih 40,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dibunuh rejim zionis Israel dan hampir 94,300 cedera, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending