Connect with us

Terkini

HIV di IPT: Haramkan semua platform pelacuran moden, ‘dark side’

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi untuk menyekat atau mengharamkan kesemua platform pelacuran moden dan jenayah seksual, termasuk  platform ‘dark side’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ahmad Syahman Ahmad Tamrin.
  • Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ahmad Syahman Ahmad Tamrin berkata ini kerana kesemua platform itu kini menjadi salah antara isu homoseksual dan sebagainya semakin berleluasa.
  • KPT juga diminta memanfaatkan gerakan-gerakan mahasiswa yang menjadi ejen penghubung kepada pelajar IPT di kampus dalam usaha meningkatkan intervensi kesedaran, pentarbiahan, pendidikan dan juga kesan aktiviti homoseksual atau seks bebas.
  • Dari konteks lebih besar sebenarnya, kalau KPT boleh membawa seruan amar makruf nahi mungkar secara keseluruhan ia sebenarnya akan memberi kesan langsung bagi keseluruhan suasana dan keadaan di kampus itu sendiri,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Khamis.
  • Ahmad Syahman berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tentang mekanisme yang PEMBINA mahu KPT dan universiti wujudkan bagi memantau pelacuran moden dan jenayah seksual di kampus, termasuk aktiviti ‘dark side’.
  • Ia ekoran kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebelum ini yang dilaporkan berkata terdapat peningkatan kes HIV membabitkan pelajar IPT di Malaysia berumur antara 18 hingga 25 tahun pada 2023 iaitu 244 kes, berbanding 2022 (221 kes).

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi untuk menyekat atau mengharamkan kesemua platform pelacuran moden dan jenayah seksual, termasuk  platform ‘dark side’.

Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ahmad Syahman Ahmad Tamrin berkata ini kerana kesemua platform itu kini menjadi antara punca isu homoseksual dan sebagainya semakin berleluasa.

Ahmad Syahman berkata platform ‘dark side’ telah menjadi salah satu alternatif kepada segelintir mahasiswa untuk mendapatkan duit secara cepat atau easy money dengan menawarkan layanan seksual seperti seks tanpa mengambil kira jenis jantina. 

Beliau berkata KPT perlu memanfaatkan gerakan-gerakan mahasiswa yang menjadi ejen penghubung kepada pelajar IPT di kampus dalam usaha meningkatkan intervensi kesedaran, pentarbiahan, pendidikan dan juga kesan aktiviti homoseksual atau seks bebas.

Dari konteks lebih besar sebenarnya, kalau KPT boleh membawa seruan amar makruf nahi mungkar secara keseluruhan ia sebenarnya akan memberi kesan langsung bagi keseluruhan suasana dan keadaan di kampus itu sendiri.

“Antara punca awal (isu ini) adalah pergaulan terlalu bebas, tiada sekatan atau terlalu open hingga tiadanya syariah compliance untuk menjalankan sesuatu program jadi lelaki perempuan bercampur sebagainya hingga akhirnya tiada rasa malu dan sebagainya.

“KPT sendiri juga perlu memastikan intipati program-program dijalankan KPT, atau universiti seperti minggu orientasi betul-betul dimanfaatkan dengan input-input membantu pelajar (antaranya) dari sudut pencegahan perbuatan tidak sepatutnya dan pendedahan kesan aktiviti seks bebas dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini pada Khamis.

Ahmad Syahman berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tentang mekanisme yang PEMBINA mahu KPT dan universiti wujudkan bagi memantau pelacuran moden dan jenayah seksual di kampus, termasuk aktiviti ‘dark side’, susulan perkara itu dibangkitkan beliau dalam satu kenyataan rasmi sebelum ini yang bertajuk “PEMBINA Menyeru Kerajaan Mengekang Semua Platform Pelacuran Modern”.

Ia ekoran kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebelum ini dilaporkan berkata terdapat peningkatan kes HIV membabitkan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia berumur antara 18 hingga 25 tahun pada 2023 iaitu 244 kes, berbanding 2022 (221 kes).

Ahmad Syahman turut memetik laporan ‘In Danger: UNAIDS Global AIDS Update 2022’ yang mengatakan terdapat peningkatan ketara jangkitan HIV dan AIDS di 38 negara dari 2015 dan penyumbang utama kepada jangkitan adalah gejala hidup songsang.

Mengulas lanjut, Ahmad Syahman berkata antara mekanisme lain yang boleh dilakukan KPT adalah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menilai semula cara pengambilan ubat Pre-exposure prophylaxis (PrEP) dalam kalangan mahasiswa.

“Sebenarnya bila diperkenalkan PREP itu kita lihat PREP bukan alat yang kita rasa mencegah kepada HIV, tetapi telah mendorong mahasiswa melakukan lagi gejala-gejala tak sepatutnya.

“Sebenarnya kita pun melihat juga intervensi yang besar, direct hit kepada sasaran pelajar ini (terlibat pelacuran moden) iaitu mungkin daripada sudut merit dia di universiti. 

“Mungkin salah satu cabang merit yang kita boleh perhatikan adalah dari sudut disciplinary action atau tindakan disiplin yang sama ada akan memberi kesan kepada tempoh pengajian pelajar terlibat pelacuran moden ataupun lainnya,” katanya.

Ahmad Syahman berkata beliau secara dasarnya bersetuju dengan cadangan supaya universiti mewajibkan ujian saringan HIV kepada pelajar baharu berikutan peningkatan kes berkenaan membabitkan kelompok itu.

Bagaimanapun, beliau berpandangan adalah lebih baik mencegah daripada merawat memandangkan HIV adalah ‘fasa akhir’ atau kesan daripada perbuatan tidak bermoral.

Kita nak ada gatekeeper di awal, menyaring mahasiswa itu boleh jadi salah satu indikator sebab dalam kita punya medical check up saya rasa tiada masalah tapi yang lebih besarnya ialah kita terus menyekat sumber-sumber ataupun pintu masuk kepada berlakunya gejala gejala sosial ini, itu pendekatan lebih strategik,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *