Connect with us

Terkini

KPT beri tumpuan pergiat program tingkat kebolehpasaran graduan – Khaled

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi tumpuan dalam mempergiat lebih banyak program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Wartawan TMT

Published

on

KPT beri tumpuan pergiat program tingkat kebolehpasaran graduan – Khaled
Foto: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi tumpuan dalam mempergiat lebih banyak program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
  • Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu susulan lambakan jumlah graduan berbanding kadar permintaan industri pada masa ini.
  • “Kalau kita lihat dalam bidang perubatan, universiti awam hanya mengeluarkan 1,300 graduan pelajar perubatan setahun. Dicampur jumlah graduan universiti swasta, angka keseluruhan pelajar perubatan tidak melebihi 3,000 graduan.”
  • “Banyak juga graduan luar negara dalam bidang perubatan dan kita tidak boleh halang jika pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang diinginkan,” katanya pada sidang media di Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi tumpuan dalam mempergiat lebih banyak program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu susulan lambakan jumlah graduan berbanding kadar permintaan industri pada masa ini.

Mengambil contoh bidang perubatan, beliau berkata cabaran yang dihadapi kini bersifat menyeluruh meliputi aspek peluang pekerjaan dalam industri, pelaburan dan pentadbiran kerajaan semasa.

“Kalau kita lihat dalam bidang perubatan, universiti awam hanya mengeluarkan 1,300 graduan pelajar perubatan setahun. Dicampur jumlah graduan universiti swasta, angka keseluruhan pelajar perubatan tidak melebihi 3,000 graduan.

“Banyak juga graduan luar negara dalam bidang perubatan dan kita tidak boleh halang jika pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang diinginkan,” katanya pada sidang media di Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini.

Mohamed Khaled berkata graduan juga perlu dibekalkan dengan ilmu keusahawanan bagi membolehkan golongan itu menjana pendapatan dan bukan hanya bergantung kepada proses pencarian kerja.

Mengulas mengenai langkah kerajaan mengawal aktiviti melibatkan politik di universiti, beliau percaya bahawa Naib Canselor di sesebuah universiti mampu memainkan peranan bagi mengawal dan melakukan imbangan terhadap perkara itu.

Terdahulu, Mohamed Khaled merasmikan Program Graduan Pasaran Modal (CMGP) yang melibatkan majlis penandatanganan memorandum persefahaman antara KPT dan SC.

Beliau juga menggesa agar pihak universiti turut sama terlibat secara lebih agresif dalam menggerakkan pelbagai usaha bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Sumber: Bernama

Author

Antarabangsa

Australia haramkan jual vape luar farmasi

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.
  • Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.
  • Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.
  • Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.
  • Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan.

Australia menjadi negara pertama mengharamkan penjualan vape di luar farmasi dengan undang-undang baharu berkuat kuasa semalam.

Pembuatan domestik, pembekalan, pemilikan komersial dan pengiklanan vape pakai buang dan vape bukan terapeutik dilarang di bawah langkah pembaharuan itu, bermaksud vape hanya boleh didapatkan di farmasi.

Kepekatan nikotin dan jumlah pengeluaran akan dikawal ketat, dibungkus dengan pembungkusan biasa dan perisanya dihadkan kepada tembakau, mentol dan pudina.

Orang dewasa perlu mendapatkan preskripsi daripada doktor untuk membeli vape terapeutik tetapi hanya sehingga Oktober, selepas itu hanya kanak-kanak memerlukan preskripsi.

Pembaharuan terbaharu ini dilakukan selepas undang-undang pada Mac melarang pengimportan vape kecuali pengimport dengan lesen dan permit.

“Itu hanya fasa pertama dalam rancangan kerajaan.

“Kita memerlukan larangan penjualan runcit ini untuk memastikan undang-undang ini benar-benar berkesan dan untuk membolehkan penguatkuasaan,” kata Pakar kawalan tembakau di Universiti Sydney, Prof Becky Freeman kepada Guardian Australia.

Menurut undang-undang baharu itu, penguatkuasaan akan menyasarkan individu dan perniagaan yang menjual vape, bukan penggunanya.

Hukumannya berat bagi individu yang menjual vape bukan terapeutik adalah kemungkinan berdepan sehingga tujuh tahun penjara dan denda $2.2 juta, manakala syarikat boleh dikenakan denda sehingga $21.91 juta untuk setiap kesalahan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending